Pemasaran Video – Kaedah Mudah Memasukkan Annotation Melalui Youtube
Posted by HairiDec 13
Dalam laporan percuma rahsia trafik video marketing,ada ditunjukkan cara bagaimana untuk memasukkan link laman web/blog dalam proses mempromosi laman web/blog melalui kaedah video marketing menggunakan perisian software windows movie maker.Walaubagaimanapun,saya kira proses ini agak leceh untuk dilakukan serta mengambil masa.Kini,laman web youtube telah memudahkan kerja anda untuk melakukan proses ini.
Jika anda perasan,tambahan menu pada ruangan edit,ada terdapat menu Annotations.Dengan adanya menu Annotations ini di dalam bahagian edit video,proses promosi melalui kaedah video marketing melalui laman web youtube telah menjadi amat mudah dan sungguh menjimatkan masa.Anda hanya perlu upload video anda,kemudian edit dan pergi ke menu Annotations tersebut dan masukkan link laman web anda ke dalam video tersebut.
Jika anda belum pernah mencuba,boleh ikut langkah-langkah berikut:
-Klik pada My Videos
-Klik edit pada video yang anda ingin masukkan link laman web anda tersebut
-Pilih Annotations & add note

-Masukkan nama laman web anda,setkan masa dan sesuaikan kedudukan url laman web anda mengikut kedudukan yang anda inginkan

Cukup mudah…dan selamat mencuba!









La…yeke the reds. Baru aku tau. sebelom kalau nak upload kay utube mst guna movie maker. Huh…leceh, Ooo
Yup..
dgn adanya fungsi annotation ni aktiviti promosi melalui kaedah video marketing akan menjadi lebih mudah dan cepat.
bagus la..mcm ni dah ada kemudahan melalui youtube ni mudah buat keje..
Selain Windows Movie Maker korang boleh try http://jumpcut.com/ .Web ni boleh edit video korang tanpa software semuanya web-based edit. login pkai yahoo email tak silap aku.all the best
http://ahmadnaim85.blogspot.com/
waa….bagus betul info nie…..tapi yang celakanya Celcom Berukband selalu lembap dlm proses upload…….
betul tu alfie..berukband thp slow mcm siput sedut..tp info ni amat berguna. tq bro
alfie – geng budak sekolah