Perancangan Untuk Kebebasan Kewangan
Posted by HairiNov 1
Asas perancangan kewangan adalah simpanan, dengan adanya simpanan, seseorang itu boleh membentuk platform dengan mudah.Penubuhan platform ini merupakan tonggak utama kepada perancangan kewangan.Terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan dalam urusan perancangan kewangan khususnya bagi golongan muda. Antaranya :-
1. Suka berhutang dan gagal memahami konsep pengurusan kredit (hutang)
2. Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan kewangan khususnya bagi golongan muda.
3. Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
4. Gagal menyimpan kerana kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.
5. Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.
6. Perlindungan insuran yang tidak mencukupi.
7. Pelaburan yang salah kerana kurangnya pengetahuan.
8. Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi.
9. Keengganan menggunakan perkhidmatan kewangan/penasihat pelaburan yang bertauliah









Leave a Reply