RM 30,000 setahun dengan hanya menjual ebook yang berharga rm 20.00
Posted by HairiMar 2

Kenapa?Tak percaya boleh dapat rm 30,000 setahun dengan hanya menjual ebook?bukan ebook berharga rm 100 atau rm 50,tapi hanya dengan menjual sebuah ebook berharga rm 20.Ebook tersebut bukanlah berkenaan rahsia cari duit,tapi berkenaan bagaimana untuk merancang kewangan dengan baik untuk medirikan rumah tangga.
Dan kini setelah empat tahun,ebook tersebut telah pun mencapai jualan melebihi 6000 unit ataupun lebih kurang rm 120,000.Erm..dahsyatkan.Itulah kehebatan ebook hasil tulisan Mohd Suhaimy atau lebih dikenali sebagai shuth dalam dunia online yang berjudul ‘Maskahwin Yang Hilang’
Adakah anda mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam sesuatu bidang yang anda rasa boleh di ‘e-bukukan’ serta dijual kepada orang ramai?.Jika ya,mengapa tidak anda mencubanya.Saya akui saya bukanlah pakar dalam bidang penulisan ebook kerana setakat ini saya baru sekali menghasilkan ebook yang saya edarkan secara percuma kepada orang ramai iaitu Rahsia Trafik Video Marketing.Tetapi mungkin ada sedikit yang saya boleh kongsikan kepada anda pada artikel sebelum ini.
Mungkin anda tertanya-tanya,mengapa dengan hanya menjual ebook ia boleh menjadi perniagaan yang sangat menguntungkan dan mudah dalam dunia online.Ini adalah antara sebabnya:
1. Mudah Dihasilkan
Boleh dikatakan, kos untuk menghasilkan ebook adalah hampir kosong. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos percetakan untuk mengeluarkan ebook. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menulis kandungan ebook tersebut di dalam perisian MS Word,dan kemudiannya, tukarkan ia kepada format ebook (selalunya .pdf).Ianya hanyalah sebuah dokumen elektronik yang tidak memerlukan sebarang kos untuk dihasilkan.
2. Keuntungan Tinggi
Kadar keuntungan bagi jualan sesebuah ebook, selalunya adalah 100% . Ini kerana, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk menghasilkan, menguruskan atau pun menghantar ebook tersebut kepada pelanggan. Ianya boleh dihantar terus dengan hanya menggunakan email, Tidak perlu bersusah payah membungkus dan membeli setem serta sampul surat untuk menghantarkannya.
3. Tidak Perlu Menyimpan Stok & Tidak Perlu Risau Kehabisan Stok
Tidak seperti perniagaan produk fizikal yang memerlukan anda membuat simpanan serta kawalan stok terhadap produk jualan anda. Bagi perniagaan ebook, tiada masalah kehabisan stok akan wujud.Ebook hanya akan disimpan di dalam komputer anda, apabila ada pembeli, anda hanya perlu emailkan sahaja satu salinan fail ebook tersebut kepada pelanggan anda. Jadi, mana mungkin ia akan kehabisan stok?
4. 100% Dibawah Kawalan Anda
Ya! Dengan memiliki perniagaan ebook, ianya 100% adalah milik anda dan dibawah kawalan anda. Tidak seperti program affiliate atau pengiklanan, anda tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan hidup & mati program tersebut. Jika pemilik program tersebut menutup program mereka. Anda akan kehilangan pendapatan anda dan tiada apa yang boleh anda lakukan. Ianya diluar kawalan anda. Tetapi berbeza dengan perniagaan ebook, anda berkuasa menentukan segalanya. Dari segi pembahagian kadar keuntungan hinggalah kepada keputusan menaikkan harga jualan.Semuanya
dibawah kuasa anda.
5. Pendapatan Pasif
Anda mungkin perlu meluangkan masa selama sebulan untuk menghasilkan ebook ini . Tetapi, selepas semuanya siap dan diautomasikan, anda tidak perlu melakukan apa-apa lagi.Ianya akan bekerja dan menghasilkan pendapatan kepada anda setiap hari secara berulang-ulang tanpa henti. Ianya seperti sebuah mesin duit yang sentiasa memberikan duit kepada anda sepanjang masa.
Ya ,itulah antara kelebihan menjual ebook.Walaubagaimanapun,jangan sangka ia adalah sesuatu yang mudah dan anda boleh lakukannya dengan semberono sahaja.Anda perlukan sistem dan strategi yang bagus untuk memastikan ebook yang dihasilkan tersebut berkualiti serta dapat dijual dengan laris.
Jika anda berminat dengan perniagaan ebook,Mohd Suhaimy(Shuth) memang mentor yang sangat sesuai untuk anda jadikan sebagai contoh.Dan berita baik untuk anda,kerana sekiranya anda berminat dalam bidang perniagaan ebook,Shuth sedia berkongsi dengan anda di seminar beliau ini:
http://www.seminarebook.com/index.php?ref=seminarebook








Aku cume nak ckp..sape dok pegi seminar tu mmg rugi lar jawabnye..hoho..baik pegi..klo x nyesal x sudah… hoho
Satu penyakit tentang buat ebook ni ialah korang nak kena search ttg niche yang orang tak buat lagi.Payah jugak.Lagi malang kalau ebook tu diberi download percuma secara torrent.Orang penat2 menulis,orang lain pulak dapat percuma.Aduhhh…..pening palo den……..
Ini peluang anda menambah pendapatan tanpa e-book. Klik website saya dan lihat sendiri bagaimana anda boleh menjana wang tanpa e-book. Saya join pagi petang dah dapat duit !
Salam Admin Aspirasicyber,
Saya dah register melalui link anda dan dah pergipun ke seminar suhaimi 1 november lepas…
Saya masih menunngu janji yang telah anda kemukakan tempohari iaitu rebet rm30 dan 15,000 koleksi artikel…
Harap saya menerima janji itu secepat mungkin.
Memang seminar suhaimi bagus sebab beliau menggunakan pendekatan praktikal..hanya masa sehari tak cukup nak cover semua modul secara terperinci…akhirnya saya dapat kunci-kunci berharga untuk membolehkan saya meneroka seterusnya…
Nipun sedang berusaha siapkan draf ebook yang bakal dikeluarkan
wassalam
Tahniah kepada saudara Alwi.Sila berikan alamat email anda.