Artikel Pertama – Satu Permulaan

Alhamdulillah…syukur ke hadrat ilahi..

Akhirnya secara rasminya kami melancarkan blog ini untuk tatapan umum.Di harap dengan adanya laman blog ini kita sama-sama dapat berkongsi cerita dan pengalaman untuk lebih maju dalam bidang perniagaan/program internet.Mungkin niche blog berkenaan perniagaan internet banyak di luar sana,tapi tidak salah rasanya untuk kami turut berkongsi niche ini dengan anda semua,selain minat kami yang mendalam dalam bidang ini.Lain orang lain ragam,lain blog lain juga cara penyampaiannya.Maka dengan wujudnya blog ini,dapatlah kita bertukar fikiran dan berkongsi pengalaman untuk sama-sama meningkatkan diri dan lebih maju dalam bidang ini.

Perniaagaan internet di era millennium

Bagaimana anda melihat masa depan perniagaan internet di era ini?.

Bagi saya perniagaan melalui internet adalah satu bidang yang sangat relevan ketika ini,dan mempunyai masa depan yang sangat cerah di negara ini.Dalam tempoh baru 2 tahun terlibat dan masih dalam proses pembelajaran berkenaan bidang ini,saya telah saksikan sendiri betapa pantasnya revolusi perkembangan bidang ini kepada masyarakat di Malaysia ini khususnya.Jadi,kepada sesiapa yang masih bersikap tunggu dan lihat,maka mereka akan jauh ketinggalan,kerana setiap hari,banyak teknik dan teknologi baru akan muncul dalam mempertingkatkan lagi bidang ini.Jadi,jika anda masih belum mengambil tindakan untuk menceburkan diri dalam bidang ini,saya sarankan anda untuk memulakan proses pembelajaran anda sekarang.Ingat…sikit-sikit,lama lama jadi kaya bukit.

Kegagalan adalah proses permulaan untuk berjaya

Takut gagal?

Untuk melakukan sesuatu yang dianggap sempurna,ia mestilah terhasil daripada proses kegagalan.Kisah Thomas Alva Edison dalam menghasilkan mentol dan Alexander Graham Bell mencipta telefon,boleh dijadikan contoh yang jelas bagaimana proses kegagalan yang berulang kali adalah pendorong kepada kejayaan mereka.Jadi usah takut dengan kegagalan dan jadilah seorang yang berani gagal dalam bidang ini.Jangan risau,anda tidak akan rugi besar kerana kos untuk memulakan bidang ini sangatlah rendah,tapi pulangannya pula sangatlah lumayan jika kena caranya.Maka jika anda mengalami kegagalan…terimalah kegagalan anda itu sebagai langkah permulaan untuk mencapai sebuah kejayaan.