Setup channel pada iklan adsense dan kelebihannya
Posted by HairiJan 30
Saya dapat banyak pertanyaan tentang bagaimana untuk setup iklan adsense bersama channel dan juga apakah kelebihan apabila kita setkan channel untuk iklan adsense kita.
Jadi saya mulakan dengan kelebihan setup channel iklan adsense.Kelebihan apabila anda setkan channel pada iklan adsense ialah anda dapat mengenal pasti iklan manakah yang berada di kedudukan yang terbaik dan juga iklan mana yang berada di kedudukan paling kurang baik melalui jumlah klik dan nilai harganya untuk setiap klik yang diterima untuk iklan tersebut.
Melalui statistik yang dihasilkan melalui report adsense melalui nama channel yang dipaparkan,anda boleh kekalkan kedudukan iklan yang memberi keuntungan yang banyak kepada anda serta memperbaiki atau mengubah kedudukan iklan yang kurang memberikan keuntungan.Selain itu,anda juga boleh melihat jumlah impression dan juga ctr untuk setiap iklan adsense tersebut.
Cara untuk setup iklan adsense bersama channel:
-Pergi pada menu Adsense Setup –> Get Ads.Klik Adsense For Content

-Pilih Single Page untuk memudahkan anda melihat keseluruhan page dan pilih Ad Unit anda

-Kemudian Pilih Format iklan yang anda ingin paparkan dan pastikan saiznya bersesuaian dengan ruang yang anda ingin letakkan di laman web anda.Untuk panduan saiz iklan,klik Ad Formats sebagai rujukan

-Seterusnya,lakukan setting pada iklan anda tersebut untuk warna dan juga style untuk border jika anda meletakkan border pada iklan tersebut.Anda boleh lihat previu warna iklan yang anda setkan tersebut pada sample


-Kemudian setkan channel untuk iklan tersebut dengan klik Add new channel pada ruangan Choose Ad Channels.Akan muncul popup untuk anda masukkan nama channel tersebut dan klik OK setelah anda masukkan nama untuk channel tersebut.Saya cadangkan anda masukkan nama yang bersesuaian untuk memudahkan anda mengenal pasti dengan mudah channel untuk iklan anda.Sebagai contoh,saya mahu letakkan iklan di laman web aspirasicyber di bahagian sidebar kiri,Jadi saya letakkan nama channel pada iklan tersebut sebagai ‘aspirasicyber left sidebar’

-Setelah itu,pastikan nama channel tersebut dipaparkan pada menu Your Selected Channel.Kemudian dibawahnya anda boleh lihat saiz iklan dan tarikh anda create iklan tersebut.Akhir sekali klik button Submit and Get Code.Copy kod iklan tersebut dan paste kan di laman web anda










Thank you!
Aku musykillah…..aku dah ader blog WordPress sendiri,boleh ke aku letak Adsense kat situ,somebody please help me…….
@alfie..
tak de masalah kalau nak letak iklan adsense di blog wordpress anda.
Do the whole lot proper, think about all the things you’re making. Always have the ability to have a solution as to why you probably did or didn’t do something.