Tulis Ebook Melalui Pengalaman Sendiri
Posted by HairiFeb 17
Pada saya,untuk menjadikan sesebuah ebook itu dapat dihasilkan dengan baik ialah dengan menulisnya melalui pengalaman sendiri ataupun dengan mempunyai pengalaman yang luas tentang apa yang ditulis.Kebanyakkan ebook yang mencatat jualan yang memberangsangkan adalah ebook-ebook yang dihasilkan daripada pengalaman penulis ebook itu sendiri.
Ini kerana,selain daripada mudah untuk dihasilkan oleh si penulis,ebook tersebut juga akan menjadi dekat dengan pembacanya umpama melakukan pengajaran secara terus.Jika si penulis ebook mempunyai kelebihan dalam bidang penulisan,cara penyampaian pastinya akan menjadi lebih menarik dan mudah untuk difahami sekiranya ia tidak terlalu teknikal.
Jika kita lihat di pasaran antarabangsa,skop dan niche ebook yang dipasarkan adalah sangat meluas berbanding di Malaysia yang masih dikuasai oleh ebook yang berteraskan niche cari duit.Sebagai contoh,niche berkenaan bagaimana untuk menguruskan badan telah menjadi satu industri yang cukup besar dengan pelbagai pecahan daripada niche tersebut kerana sambutan yang cukup luar biasa daripada orang ramai yang obses untuk memiliki tubuh yang cantik dan menawan.
Namun,akhir-akhir ini petanda positif itu telah mula kelihatan dengan penghasilan beberapa buah ebook yang telah keluar daripada kepompong niche cari duit dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan malah angka jualan melebihi 5 angka dalam masa sebulan.Ya,bukan semua pengguna internet di Malaysia hanya berminat untuk mengetahui tentang cara untuk cari duit.Ada banyak perkara lagi perkara di luar sana yang ingin diketahui oleh pengguna internet di negara kita.
Jadi,jika anda mempunyai satu kemahiran atau kelebihan dalam sesuatu bidang yang bukan dari skop cari duit,ini bukanlah alasan untuk mengatakan ebook anda tersebut tidak boleh dijual.Yang penting,kaji kehendak pasaran dan berikan apa yang mereka inginkan.Dan jika anda memang berkebolehan dalam bidang penulisan,saya pasti anda akan dapat sampaikannya dengan lebih menarik dan lebih berkesan.
Ebook Rahsia Lulus Temuduga SPA
———————————

Lebih 700,000 permohonan telah diterima pada tahun 2007 dan yang dipanggil temuduga adalah 350,000 untuk mengisi 38,000 jumlah kekosongan di sektor awam.Inilah fakta yang dipaparkan melalui laman web berikut:
Rahsia Lulus Temuduga SPA
Syabas saya ucapkan kepada penulisnya,Encik Jamaluddin Bahari kerana telah menghasilkan sebuah ebook panduan dan tips-tips yang sangat berguna kepada calon-calon yang akan menghadiri temuduga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia(SPA).
Insya-allah dengan membaca ebook ini saya yakin peratusan untuk diterima bekerja di sektor kerajaan adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidak membacanya.Ramai calon yang tidak didedahkan dengan cara dan persediaan sebelum dan ketika temuduga menyebabkan mereka gagal dalam permohonan tersebut,terutama kepada yang pertama kali menghadiri temuduga dengan SPA.
Berbekalkan dengan panduan yang diberikan,calon akan diberi dengan pendedahan cara yang terbaik sebelum dan ketika menghadiri temuduga untuk memastikan calon dapat memberikan apa yang dimahukan oleh pihak penemuduga serta tidak melakukan kesilapan-kesilapan yang akan terus menyebabkan mereka gagal dalam temuduga tersebut.









[...] ini aku terkejut bila The Reds tanya betul ke Abang Zamani meninggal dunia? Dia rujuk aku pada thread di Bicara [...]
wah bagus betul ebook nih..
budak u macam saya sesuai utk hadapi dunia masa depan..
info yg susah dicari di mana2..
Pakej Usahawan serai tu pun best jugak..
bro, saya nak beli pakej database yang dulu tuh..
ade jual lagi tak?
dulu saya ada email tapi tak balas..
hehe..teringin sgt nak dapatkan pakej database tuh..
kalo boleh ng update die sekali..
hehe..
@Jaws..
Ada email ke.Sorry tak perasan & sorry jugak sebab pakej tu dah ditutup jualannya.
kalo merayu guling2 pon takleh dapat ker?
haha..
erm, mana nak dapat source series terkini nih erk?
bro leh kongsi skit tak?
He..he..guling-guling pon tak dapat gak..sebab saya memang dah tutup terus.
Pakej database ni susah sikit proses maintenancenya..sebab masalah broken link..
Mungkin boleh try cari kat forum digital point..
guling2 pun takleh ker?
hehe..
takper..saya paham..
erm, thanx sebb share..
saya lambt tau pasal pakej tuh..
bila tau jer, tengok2 dah tutup..
erm, takper..saya akan cuba cari sendiri..
trimas..
[...] Adakah anda mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam sesuatu bidang yang anda rasa boleh di ‘e-bukukan’ serta dijual kepada orang ramai?.Jika ya,mengapa tidak anda mencubanya.Saya akui saya bukanlah pakar dalam bidang penulisan ebook kerana setakat ini saya baru sekali menghasilkan ebook yang saya edarkan secara percuma kepada orang ramai iaitu Rahsia Trafik Video Marketing.Tetapi mungkin ada sedikit yang saya boleh kongsikan kepada anda pada artikel sebelum ini. [...]
mantap sungguh buku panduaSPA ni….mmg sesuai….
Satu hari nanti saya akan beli juga ebook2 seperti ini, dan kalau boleh ingin juga buat ebook sendiri. syabas kepada yang rajin berusaha. selamat maju jaya.
Hi, nak gak buat e-book sendiri tapi xreti lar. bg hint sikit..
xberapa fhm guna word utk tulis pastu save as pdf ker?
nape bile nak save tu xde kua pdf pun. adeih… sgt2 nak tahu ni.
kene ade pdf format ker? kat mner boleh dpt kan?
@sir ilzam…
Cuba awak klik laman seminar ebook ni..
http://www.seminarebook.com/index.php?ref=seminarebook
Tunggu hingga keluar popup.Kemudian awak isikan nama dan email.Shuth ada berikan ebook percuma bagaimana untuk convert ebook dari file word kepada pdf.
Jaws,kalau kao nak alternetif dari video database tu yang dah ditutup jaulannya,aku boleh bagi tapi dengan harga RM150.Ini adalah skrip yang kao kena install kat kao punya hosting pakai WordPress.Nama skrip tu ialah YouTube Video Site Generator.Kao boleh letak apa saja niche yang kao suka seperti Bleach,Naruto,MAR,ShinChan,Prison Break,Blood Ties,BeverlyHills90210 hatta video game yang kao suka pun boleh letak…..kalau nak kontek aku email kat sini:feedback@infobisnestanpamodal.co.cc