Update – Pengiklanan di Berita Harian Online + Malaysiakini (TAWARAN DITUTUP!!)
Posted by AdminAug 1
*TAWARAN PENGIKLANAN TELAH DITUTUP DAN KAMI AKAN MULA MENGIKLAN PADA MINGGU HADAPAN.
http://aspirasicyber.com/iklan
Agak sukar juga untuk menguruskan iklan jenis perkongsian ni rupanya
.Bukan semudah disangka.Jadi tidak hairanlah bilamana slot 34 ruang iklan yang habis ditempah sebelum ini,dan selepas 4 hari maklumat pembayaran diberikan,hanya 21 orang sahaja yang melakukan pembayaran untuk tujuan pengiklanan.Tidak mengapalah,mungkin ada yang bertukar fikiran atau menghadapi masalah di saat akhir.Di harap kepada yang telah membuat pembayaran,harap dapat bersabar dan juga kepada yang belum menghantar maklumat iklan untuk url dan banner,sila hantarkan kepada kami segera.
Tapi kami tidak boleh tunggu lama,dan mereka yang telah membayar iklan juga begitu,mereka semua mahukan iklan mereka disiarkan dengan cepat.Jadi untuk mengatasi masalah ini,kami terpaksa menggunakan strategi pengiklanan yang baru.
Pada awalnya kami bercadang untuk mengiklan banner di berita harian online selama 2 minggu.Tapi oleh kerana kami rasa untuk menunggu slot itu dipenuhi,ia akan memakan masa yang lebih lama.Maka kami bercadang untuk mengiklankan di berita harian selama seminggu sahaja dan kami hadkan kepada 23 slot iklan sahaja.Kelebihannya,semua iklan dapat dilihat dalam satu page dengan jelas tanpa pelawat perlu skroll mouse mereka,dan ini memberi peluang yang sama rata kepada kepada semua pengiklan.
Berikut adalah senarai yang telah melakukan pembayaran:
(Sila lihat iklan anda di sini: http://aspirasicyber.com/iklan)
1. Gooler – Paid RM 20
2. Hasbullah – Paid RM 25
3. Alfie – Paid RM 20
4. Saiful – Paid RM 20
5. Kasyidi – Paid RM 20
6. Sesamainsan – Paid RM 20
7. Miekof – Paid RM 20
8. Zulrich – Paid RM 20
9. Hapiz – Paid RM 20
10. Wan Abdul Aziz – Paid RM 20
11. Razif Yusof – Paid RM 25
12. Rahsia Wang – Paid RM 25
13. Mazlie nadzri – Paid RM 20
14. Kak Mar – Paid RM 20
15. Seli Umar – Paid RM 20
16. Taza – Paid RM 20
17. Nazree – Paid RM 20
18. Mora – Paid RM 25
19. Norafidah – Paid RM 20
20. Wan Ariffin – Paid RM 20
21. Farha – Paid RM 25
22. Sham – Paid RM 20
23. Taukey – Paid RM 25
Jadi,dengan 23 iklan x RM 20 = RM 460.Kos pengiklanan di berita harian selama seminggu untuk banner adalah RM 350 dan ada lebihan sebanyak RM 110.Dengan strategi baru ini,kami telah memilih iklan di Malaysikini sebagai destinasi pilihan yang sesuai.Jadi kami telah bercadang untuk mengiklankannya di sana selama seminggu untuk iklan banner bersaiz 200 x 70 tanpa rotation disebelah kanan iklan laman web Malaysia kini versi Bahasa Melayu.

Dengan kadar RM 15 sehari untuk iklan saiz A2,dan kedudukan teratas akan ditentukan oleh jumlah bidaan dengan harga termahal.Pada ketika kami menulis ini,harga bidaan iklan termahal untuk berada pada kedudukan paling atas adalah RM 15.40,jadi dengan RM 110/7 hari = RM 15.70 sehari,dan ini sudah cukup untuk meletakkan iklan kami pada kedudukan teratas.
Walaupun pengiklanan banner ini hanya muncul di laman bahasa melayu,tapi kami yakin jumlahnya sangat tinggi lebih-lebih lagi dengan panasnya kisah Anwar Ibrahim ketika ini dan laman web ini adalah akhbar online yang paling pantas memaparkan berita politik semasa.

*Trafik di Malaysiakini mengatasi jumlah trafik utusan dan TheRedsStar untuk bulan Julai ini mengikut statistik Alexa.
Jadi keuntungan yang anda akan dapat:
-Paparan iklan yang sama rata
-Pengiklanan di 2 laman web dalam satu masa dalam tempoh seminggu.









Sekadar pendapat…klau boleh landing page tu design lawa2 sket. Baru menarik perhatian orang untuk beriklan
Thanks Izo atas pendapat tu..
Yep..memang kami akan cantikkan landing page tu.yang tu baru prototaipnya..
.Bila semua dah submit iklan mereka,prototaip ini akan disempurnakan..
Salam, ada lagi ke ni?
Emme..
Ada lagi 2 tempat kosong…
cam na nak tengok iklan ni di berita harian?kat ruang mana?
kenapa iklan saya takda .,,duit dah bayar semalam
Wan ariffin..
Sila beri nama penuh dan alamat email anda,juga link dan banner anda untuk diiklankan.Kami akan semak semula..
Hanya nama yang diatas disahkan melakukan pembayaran,cuba cek kalau2 nickname anda ada disenaraikan.
cuba cek iklan di link berikut:
http://aspirasicyber.com/iklan
jadi nak iklan kt malaysiakini saya kena buat bayaran lagi ke?
cepat2 la siapkan banner yang saya tempah 2..x sabar nk tengok.. moga2 iklan nie berjaya hasilkan pembeli2 untuk produk kita semua…insyaallah..
Farha..
X perlu..
Sila baca betul-betul..
ooo..ok ok..jadi iklan saya pun akan diiklankan di malaysiakini jugak la..jadi 2 web untuk 1 minggu…wah best 2..tq atas strategi yang tuan buat untuk membantu kami..
Farha..
ye..macam tu,1 minggu di berita harian,dan satu minggu di malaysiakini.
Banner anda sedang dalam proses.Jangan risau.Paling lewat malam nanti kami siapkan.
saya da tengok banner 2..cantik..tq..cm ne klu saya nk beli banner 2 dari tuan??boleh x??
Farha..
ambik je la..x payah bayar pun..
ok gak banner saya….. cantik… terima kasih,….saya nak, .. bole? .
kak mar..
boleh je..x de masalah..
kepada sesiapa yang nak ambik banner yang saya buat..
silakan..x perlu bayar pun…
ok apa kode banner baru saya tu….
tq..nk kode html banner 2 leh..
Kak Mar & Farha..
Just copy n paste je pic tu..then kalau nak dapatka code..upload ke web sharing pic macam flickr.com or photobucket.com untuk dapatkan code htmlnya.
bila leh tengot iklannye kt website 2..lambatnye??
@Farha
Dalam minggu ni jugak akan keluar..mungkin hari rabu ni kot..insya-allah..Tunggu…
hehe. dah penuh. Nanti kalau ada lagi bagitau aa..
eh..da kuar ke iklan kt berita harian & malaysiakini???
tapi kt sebelah mane ek iklan 2??
x jumpe pun???
ha ah..dah keluar semalam…kedudukannya macam yg saya cakap kat atas tu..
berita harian – sebelah kanan,banner 100×60
Malaysiakini – sebelah kanan,banner 200×70 edisi BM
x dapat tengok pun banner 2??? dari tadi cari tapi x jumpe2 pun…???
Cuba baca post ni:
http://aspirasicyber.com/?p=89
Mungkin boleh membantu..
Ahaks……tak sangka iklan aku leh keluau kat Malaysiakini padahal aku cukup bengang dengan info yang ada dalam site tu.Apa2 pun thanks bro sebab email kat aku.Aku harap2 sangat ramai orang klik iklan aku sebab trafik Malaysikini lebih 1JUTA …….Auwwwww……..Yesss….
setakat ni trafik dari malaysiakini lagi mantap dari berita harian walaupun murah.Mungkin sebab saiz dan kedudukan banner kot.
Salam bro..bile nak wat balik iklan cmni?